Monday, June 13, 2011

THABAT WA MURUNAH

PENGENALAN

Islam telah meletakkan pelbagai perkara yang merangkumi kehidupan manusia seterusnya menjadi panduan umat Islam di dunia. Islam telah menerapkan unsur-unsur wasatiyyah iaitu kesederhanaan dalam kehidupan umatnya. Ini jelas dibuktikan melalui penekanan keseimbangan antara ketetapan (Thabat- constancy) dan keanjalan (Murunah-flexibility) yang merupakan salah-satu ciri-ciri kesederhanaan. Keseimbangan antara al-Thabat dan al- Murunah merupakan fenomena wasatiyyah yang menjadi keistimewaan Islam seterusnya membezakan masyarakat Islam dengan masyarakat lain. Islam menyepadukan antara keduanya dengan meletakkan setiap satunya pada tempat yang tepat (Yusuf al- Qardhawi, 2000:293).

Dalam membicarakan aqidah Islam pula, penegasan terhadap aspek ketetapan (al- Thabat) ini merujuk kepada sesuatu yang amat nyata. Apabila dikatakan bahawa Allah itu “Esa” maka kefahaman tersebut akan kekal dan tidak akan berubah selama-lamanya seterusnya wajib dipercayai dan diyakini oleh umat Islam. Kefahaman ini juga termaktub dalam Rukun Iman yang menjadi pedoman umat Islam selama-lamanya. Hujah ini dikuatkan lagi melalui firman- firman Allah s.w.t. yang bermaksud “ Dan Tuhanmu (yang besar) adalah Tuhan yang satu (Esa) tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang”.(al-Baqarah 2:163)

Justeru, terdapat ciri-ciri al- Thabat dan al- Murunah yang jelas dalam ibadat-ibadat ini. Syahadah, solat, puasa, zakat dan haji ialah Rukun Islam dan semua ibadat tersebut adalah al- Thabat kerana ibadah ini dilakukan sehingga kiamat dan cara melaksanakannya tidak berubah. Walaubagaimanapun terdapat unsur-unsur al- Murunah dalam ibadat tersebut. Syahadah tidak semestinya dilafazkan dengan terang dan jelas. Orang bisu melaksanakannya dengan isyarat. Solat pada asalnya perlu dilakukan dengan berdiri betul tetapi boleh ditunaikan dengan duduk, baring dan sebagainya jika uzur. Solat empat rakaat boleh ditunaikan dua rakaat sahaja (qasar) ketika perjalanan jauh atau dihimpunkan (jama’) dua waktu ditunaikan kedua-duanya dalam satu waktu sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa ibadat solat perlu dilakukan dalam apa keadaan sekalipun. Puasa pula boleh ditinggal sekiranya uzur tetapi wajib diqadakan selepas sihat. Menunaikan zakat hanya wajib apabila cukup rukun syaratnya manakala ibadat haji boleh ditunaikan oleh orang lain sekiranya uzur atau waris ingin menunaikan ibadah tersebut bagi ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia. (Haron Din, 1992:113 dan114).

1. Thabat wa Murunah (Tetap dan anjal)

Perkataan al- Thabat bermaksud tetap dan mantap. Al- Murunah pula bermaksud anjal, boleh dilentur, menerima perubahan dan boleh disesuaikan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua unsur tersebut terdapat dalam tasawur Islam yang bermaksud Islam itu bersifat al- Thabat tetapi dalam masa yang sama bersifat al- Murunah. Dalam erti kata lain, ia bersifat tetap dan mantap tetapi boleh dilentur serta tidak berubah tetapi boleh disesuaikan. Kelenturan pula pada cara pendekatan. Tetap pada prinsip asal dan hukum-hukum Qat’inya tetapi lembut dan mudah dilentur pada ranting-ranting dan cabangnya. Kukuh dan istiqamah pada urusan-urusan dengan Allah. Lembut pada urusan keduniaan seperti yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud “ Kamu lebih mengetahui dengan urusan-urusan dunia kamu” (Haron Din, 1992).

Menurut Yusuf al-Qardawi (2000), konsep ketetapan (al-Thabat )dan keanjalan (al-Murunah) dalam Syariat Islam ialah :
• Tetap pada tujuan dan matlamatnya tetapi anjal pada sarana dan bentuknya.
• Tetap pada dasar dan kaedah-kaedah umumnya tetapi anjal pada perkara-perkara cabang serta juzuk-juzuknya.
• Tetap pada nilai keagamaan dan akhlak tetapi anjal pada urusan keduniaan dan ilmu Pengatahuan.

Di antara keistimewaan Islam ialah ia bersifat tetap, sama ada dari prinsip ‘Aqidah atau Syariah. Walaupun demikian, dalam pelaksanaannya ia adalah anjal iaitu boleh berubah. Dari aspek ‘Aqidah misalnya, kita tetap meyakini keesaan Allah s.w.t. dan haram serta boleh membawa kepada murtad jika seseorang Islam itu tunduk kepada berhala. Tetapi dalam keadaan terpaksa ia melakukannya sedangkan hatinya tetap mentauhidkan kepada Allah s.w.t., maka ia tidak berdosa dan tidak jatuh agamanya.

Dalam aspek syari’ah misalnya, kita diharamkan memakan bangkai dan apa-apa lagi yang diharamkan. Jika terpaksa kerana kelaparan, maka pada masa itu tidaklah berdosa kerana ia bertjuan hendak menyelamatkan nyawa.

2. Pengertian Murunah

Murunah bermaksud luwes atau anjal iaitu ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w boleh berubah mengikut kesesuaian, namun prinsip asasnya masih tetap. Ajaran Islam juga adalah mudah dan tidak menyusahkan penganutnya.
Hal ini bermakna, Islam member kelonggaran dan kemudahan kepada umatnya melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kelonggaran tersebut melibatkan perkara-perkara furuk atau cabang atau perkara yang dinyatakan secara umum mengikut batasannya.

Maksudnya :

“ Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, ( sekali lagi ditegaskan ); bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, pasti disertai kemudahan ” (surah al-Insyiraah ayat 5-6 )

3. Prinsip Murunah

3.1 Islam agama yang mudah

a) Allah s.w.t Maha Mengatahui kemampuan dan keupayaan manusia melaksanakan perintah-Nya. Oleh sebab itu Islam menetapkan hokum dan aktif yang bersesuaian engan kemampuan manusia. Contohnya dalam perlaksanaan hokum wajib, ia ditetapkan pada tahap minimum yang mampu dilakukan oleh manusia.
b) Islam memberi kelonggaran dan kemudahan kepada umatnya melaksanakan perintah Allah s.w.t, namun kelonggaran itu mestilah mengikut batas-batas yang ditetapkan. Contohnya, kewajipan menutup aurat, seseorang itu wajib menutup auratnya, namun Islam memberi kemudahan kepada umatnya mempelbagaikan fesyen asalkan tidak terkeluar daripada batas-batasnya. Demikian juga Rasulullah s.a.w ketika menyampaikan dakwah pada peringkat permulaan, baginda tidak terus mewajibkan sesuatu, bahkan menyampaikan dakwahnya secara berhikmah, toleransi, bertolak ansur dan memahami sesuatu keadaan.
c) Islam adalah agama yang mudah. Oleh sebab itu Islam tidak membebankan penganutnya debgan amalan yang berat dan sukar dilaksanakan. Contohnya, ibadat puasa dalam bulan Ramadhan, hanya dilakukan pada waktu siang sahaja dan boleh ditinggalkan kemudian diqadakan jika keuzuran. Begitu juga kewajipan melakukan ibadat haji hanya sekali seumur hidup hidup dan hanya bagi yang berkemampuan sahaja.

Maksudnya :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka..” ( surah al-Nur ayat 31 )

3.2 Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan

a) Allah s.w.t amat prihatin terhadap kemampuan hamba-Nya melaksanakan perintah-Nya. Oleh sebab itu Islam memberi kelonggaran kepada penganutnya melaksanakan ibadat wajib seperti solat, puasa, zakat ataupun haji mengikut keadaan dan kemampuan mereka.
b) Ibadat solat lima waktu tetap wajib dikerjakan walaupun seseorang itu sakit, musafir dan tiada air untuk berwuduk. Namun Islam member kelonggaran seperti jika kamu sakit dalam keadaan duduk, baring atau solat jamak atau qasar bagi musafir dan bertayammum jiak tiada air. Demikian juga ibadat puasa, boleh ditinggalkan jika keuzuran kemudian diqadakan pada hari lain.
c) Islam juga menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa meninggalkan kewajipan kepada Allah s.w.t dan yang lain. Mencari harta kekayaan juga dibenarkan namun dilarang mencari harta secara haram.

Maksudnya :

“ …Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air ( untuk mandi atau berwuduk ), hendaklah kamu bertayammum dengan tanah-debu yang suci…”(surah an-Nisa’ ayat 43)

4. Kelebihan Bersifat Murunah

Sifat ajaran Islam yang tetap tidak berubah pada prinsip dan asasnya tetapi terdapat kelonggaran pada cabang dan furuk telah membuka ruang yang luas untuk kemajuan.
Hakikat ini membuktikan bahawa ajaran Islam sesuai pada setiap zaman. Hal ini juga bermakna Islam mengiktiraf pemikiran dan pendapat manusia kerana pada perkara cabang dan furuk ini manusia boleh menjana pemkiran untuk memajukan umat.

4.1 Antara kelebihan sifat murunah :

a) Menunjukkan bahawa Islam bersifat toleransi, bertolak ansur dan berhikmah
b) Dapat menarik minat orang bukan Islam untuk memahami dan mempelajari ajaran Islam
c) Menggalakkan umat Islam mentaati dan melaksanakan perintah Allah s.w.t dengan sempurna
d) Memudahkan umat Islam melaksanakan perintah Allah s.w.t walaupun meraka berada dalam sebarang keadaan dan situasi
e) Memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya di dunia ini
f) Menggalakkan manusia menjana akal fikiran dan memberi pendapat selagi tidak bertentangan dengan ketetapan Allah s.w.t.
g) Membuktikan bahawa Islam tidak membebankan penganutnya dengan amalan berat dan sukar dilaksanakan

5. Pengertian Thabat

Thabat bermaksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Hal ini bermakna dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang dinyatakan secara tetap atau qat’ie, tidak boleh dipinda atau diubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya.

6. Prinsip-prinsip Ajaran Islam Yang Tetap Tidak Berubah

6.1 Akidah

a) Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Kita wajib menyakini Allah s.w.t sebagai Rabb iaitu mengakui dengan sepenuh hati bahawa Allah s.w.t sahajalah yang memiliki, menurunkan rezki, mencipta dan mentadbir ala mini dan seluruh makhluk dan mengakui bahawa hanya Allah s.w.t yang layak disembah, ditaati, dan dipatuhi secara mutlak.
b) Dalam keyakinan ini tidak ada kelonggaran dan toleransi dengan sebarang unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan kepercayaan kepada Allah s.w.t seperti mempercayai kuasa lain mampu menyaingi kuasa Allah s.w.t atau menyembah sesuatu selain daripada Allah s.w.t.
c) Konsep thabat dalam akidah dapat dilihat dalam kisah Rasulullah s.a.w yang ditawarkan dengan pelbagai hadiah agar baginda bertoleransi dengan kepercayaan musyrikin Makkah, namun baginda tetap dengan keyakinannya.

Maksudnya :
“ Dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah. Dan bukan penyembah apa yang aku sembah. Untuk kamu agama kamu dan untukku agamaku”

6.2 Ibadat

a) Dalam ibadat wajib seperti solat fardu, puasa di bulan Ramadhan, haji dan zakat tidak ada toleransi dalam rukun, syarat sah dan waktu perlaksanaannya. Perkara tersebut tetap tidak berubah kerana telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
b) Ibadat solat telah ditetapkan lima waktu sehari semalam dan tidak boleh dikurangkan jumlahnya. Ibadat puasa telah ditetapkan dalam blan Ramadhan dan tidak boleh dilakukan dalam bulan-bulan lain. Begitu juga ibadat haji dan zakat telah ditetapkan rukun-rukun dan syarat-syaratnya yang tidak boleh diubah.
c) Kita wajib menunaikan ibadat wajib ini walau dalam situasi dan keadaan apa sekalipun. Ketetapan ini tidak membebankan hamba-Nya ia mampu dilakukan oleh manusia.

Maksudnya :

“ Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”
( surah al-Baqarah ayat 183)

6.3 Ketetapan Syariah

a) Syariah Islam telah menetapkan pelbagai hukum untuk mengatur kehidupan manusia seperti hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Demikian juga dalam hukum jenayah, Islam telah menetapkan hukuman tertentu mengikut kesalahan. Ketetapan ini tidak berubah sehinggalah hari kiamat.
b) Hukun halal dan haram sesuatu perkara seperti riba, monopoli, makanan haram, dan rasuah tidak boleh diubah hukum haramnya. Begitu juga hukum jenayah yang meliputi hukum qisas, hudud, dan takzir tidak boleh diubah sama ada ditambah atau dikurangkan perlaksanaan hukumannya. Contohnya hukuman terhadap pencuri telah ditetapkan potong tangannya dan penzina yang belum berkahwin ditetapkan seratus kali sebat. Perlaksanaan hukuman ini tidak boleh dikurangkan atau diubah mengikut budi bicara seseorang.

Maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan dan mengambil riba dengan berlipat kali ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya” ( surah al-Imran ayat 130 )

7. Aspek al- Thabat dan al- Murunah dalam pendidikan berteraskan Islam

Aspek al- Thabat dan al- Murunah ini juga boleh disesuaikan dalam pendidikan berteraskan Islam (PBI). Penyelidikan berteraskan Islam perlu berdasarkan pembinaan tasawur Islam (al- Thabat). Walaubagaimanapun, memandangkan belum wujud kaedah penyelidikan Islam yang khusus, teknik penyelidikan lazim boleh digunakan buat sementara waktu selagi tidak bertentangan dengan prinsip yang digariskan oleh agama Islam (al- Murunah). Penyelidikan berteraskan Islam menjadi pemangkin kepada pembangunan berteraskan Islam. Perkara ini dikuatkan lagi dengan hujah Muhammad Syukri Salleh (2003:23), yang mengatakan bahawa matlamat pembangunan adalah mencapai keredhaan Allah. Oleh sebab itu, proses penyelidikan dalam pendidikan Islam perlu dijalankan secara berterusan agar Islam mempunyai set penyelidikan dan pembangunan berteraskan Islam yang tulen, kukuh dan seimbang seterusnya mendapat keredhaan Allah.

Aspek al- Thabat dan al- Murunah juga dapat dilihat dalam melalui peranan Rasulullah s.a.w terhadap perkara yang berkaitan dengan wahyu, agama, akidah dan akhlak. Fenomena ini membuktikan bahawa ciri-ciri al- Thabat dan al- Murunah juga diadaptasi oleh Rasulullah s.a.w. semasa menyebarkan dakwahnya. Contohnya ialah ketegasan Rasulullah s.a.w. menolak dengan keras tindakan orang kafir yang menawarkan kepada Baginda agar Baginda bertolak ansur dengan mereka dengan menerima sebahagian ibadat mereka dan mereka menerima sebahagian ibadat Baginda. Di samping itu, orang kafir tersebut meminta Baginda menyembah tuhan mereka dan dalam masa yang sama mereka menyembah Allah walaupun hanya sekali. Namun begitu, Rasulullah s.a.w. tetap bertegas (al- Thabat) dengan pendirian Baginda dan ketegasan Baginda dipaparkan dalam surah yang dan menolak tawar-menawar tersebut. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“ Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat sacara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku ”. (al- Kafirun109: 1-6)

8. Perkaitan Antara Murunah Dan Thabat

Allah s.w.t Maha Mengatahui kekuatan dan kelemahan manusia, justeru itu Dia tidak menetapkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh hamba-Nya. Oleh itu ajaran Islam yang diturunkan kepada manusia mampu dilaksanakan.
Allah s.w.t menetapkan bahawa prinsip dan asas ajaran Islam tetp tidak berubah untuk menjamin kemuliaan dan mengatur kehidupan manusia. Manakala terdapat kelonggaran pada cabang dan furuk untuk memudahkan umat Islam melaksanakan perintah Allah s.w.t walaupun mereka berada dalam sebarang keadaan dan situasi dan memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya.
Islam telah menetapkan asas dalam semua perkara di dunia ini. Asas ini tetap dan tidak akan berubah dan terserahlah kepada manusia untuk melaksanakan mengikut garis panduannya. Contohnya, Islan menggalakkan umatnya untuk berniaga, tetapi dilarang mengamal, mengambil riba dan penindasan. Islam juga mewajibkan umatnya menuntut ilmu tetapi tidak boleh menyalahgunakannya.
Segala sesuatu yang berkaitan dengan akidah Islam tidak pernah diubah atau dipinda merupakan ciri-ciri al- Thabat (Haron Din, 1992). Ini menunjukkan bahawa Allah ialah tuhan sama yang disembah dari zaman Nabi Adam a.s seterusnya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga kini dan selama-lamanya. Hal demikian jelas menunjukkan bahawa Allah ialah Tuhan yang “Esa”, tidak akan berubah atau berganti. Bermula dari sifat Allah s.w.t. yang al- Thabat tersebut lahirlah perintah-perintah beribadat kepada manusia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi pelengkap kepada kehidupan beragama.
Hakikatnya, sifat murunah dan thabat ini membuktikan bahawa ajaran Islam sesuai dengan fitrah manusia dan mengiktiraf pemikiran dan pendapat manusia.

2 comments:

  1. Did you realize there's a 12 word phrase you can say to your crush... that will induce intense feelings of love and impulsive attractiveness to you deep inside his heart?

    Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, admire and guard you with his entire heart...

    12 Words That Trigger A Man's Desire Response

    This instinct is so hardwired into a man's mind that it will drive him to work better than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.

    In fact, triggering this all-powerful instinct is so binding to having the best ever relationship with your man that the second you send your man a "Secret Signal"...

    ...You will soon notice him open his soul and heart to you in a way he haven't expressed before and he'll see you as the one and only woman in the world who has ever truly interested him.

    ReplyDelete