Monday, June 13, 2011

AZAN DAN IQAMAT

Definisi Azan

Dari segi bahasa azan pada istilah bahasa ialah ‘memberitahu atau iklan. Dari segi syarak ialah perkataan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.

Definisi iqamat

Dari sudut bahasa ialah berdiri. Dari segi istilah, membangunkan orang yang hadir untuk melakukan solat dengan kalimat-kalimat tertentu. Iqamat ialah lafaz yang yang menunjukkan bahawa solat akan dimulai. Lafaznya sama dengan azan namun ia hanya diucapkan sekali sahaja kecuali ditambah di antara “Hayya ‘ala falah” dan “Allahu Akhbar Allaahu Akhbar” dengan kalimah “Qad qaamatish shalah” (2x)

Dalil disyariatkan azan berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Dalil Al-Quran, firman Allah Taala yang bermaksud :

“Apabila kamu diseru untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan jual beli”. (Al-Jumuah : 9)

Dalil As-Sunnah, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Apabila tiba waktu sembahyang maka salah seorang daripada kamu hendaklah melaungkan azan dan orang paling tua di kalangan kamu hendaklah menjadi Imam kepada kamu”. (Al-Bukhari (602) dan Muslim (674).

Azan telah disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Al-Bukhari (579) dan Muslim (377) telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya :

“Ketika orang-orang Islam datng ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari mereka berbincang mengenainya. Berkata sebahagian dari mereka : Gunakan loceng seperti loceng orang Nasrani. Sebahagian yang lain berkata : Gunakan ceropong seperti tanduk yang digunakan oleh orang Yahudi. Lalu Umar r.a. berkata : Mengapa kamu tidak menyuruh seseorang bangun menyeru untuk sembahyang. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : “Wahai Bilal, bangun dan serulah untuk sembahyang”.

Lafaz-lafaz azan

 الله اكبر الله اكبر 4x
 اشهد ان لا اله الا الله 2x
 اشهد ان محمدا رسول الله 2x
 حي على الصلاة 2x
 حي على الفلاح 2x
 الصلاة خير من النوم 2x
 الله اكبر 4x
 لا اله الا الله 1x

lafaz iqamat

 الله اكبر الله اكبر

 اشهد ان لا اله الا الله
 اشهد ان محمد رسول الله
 حي على الصلاة
 حي على الفلاح
 قد قامت الصلاة (2X)
 الله اكبر الله اكبر
 لا اله الا الله

Hukum Azan

 Azan disunatkan ketika hendak mendirikan solat tidak kira solat fardu atau qadak.
 Sunat Muakkad ketika hendak mendirikan solat fardu.
 Solat sunat berjemaah selain solat fardu seperti solat gerhana matahari dan bulan, solat dua hari raya dan solat jenazah tidak disunatkan azan dan iqamah.
 Tetapi ketika hendak mendirikannya disebut
(sembahyang yang menghimpunkan)
 Al-Bukhari (1003) dan Muslim (910) telah meriwayatkan daripada Abdullah bin
Amru bin Al-As r.a katanya :

“Apabila berlaku gerhana matahari di zaman Rasulullah s.a.w lalu diseru dengan lafaz “AsShalatui Jamiah” (sembahyang yang menghimpunkan)”
Berdasarkan hadis di atas, maka semua solat sunat yang disunatkan mendirikannya secara berjemaah diqiaskan kepada solat gerhana matahari (iaitu menyeru dengan lafaz “AsShalatui Jamiah” ketika hendak mendirikannya.

Syarat-syarat sah azan

 Islam:
tidak sah azan bagi orang kafir.
 Mumayyiz:
tidak sah bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz.
• Lelaki:
tidak sah bagi perempuan.
 Melafazkan kalimah-kalimah azan dengan tertib= melafazkan azan secara tidak tertib boleh dianggap mempermainkan ibadah azan dan mencacatkan seruan azan.
• Berturut-turut antara kalimah-kalimahnya tidak boleh terpisah lama antara satu kalimah dengan kalimah yang berikutnya.
 Meninggikan suara sekiranya azan tersebut untuk jemaah.
Individu: sunat ditinggikan suara di masjid yang tiada jemaah tetapi direndahkan jika masjid mempunyai jemaah agar mereka yang mendengar tidak menyangka bahawa telah masuk waktu solat berikutnya.
 Bagi jemaah perempuan tidak sunat melakukan azan kerana dibimbangi fitnah. Hanyan disunatkan iqamah untuk menyedarkan mereka yang hadir supaya bangkit mendirikan solat. Pada iqamah tidak ditinggikan suara. Dari Ibnu Umar r.a ia berkata :

“Tiada dibolehkan perempuan azan”.

Masuk waktu solat=Sabda Rasulullah s.aw :

“Apabila tiba waktu solat, maka azanlah salah seorang daripada kamu”.
Solat tidak berlaku kecuali masuk waktunya, dan azan dilaungkan bagi mengumumkan masuknya waktu. Oleh itu, ulama bersepakat mengatakan tidak sah azan sebelum masuk waktu kecuali pada solat Subuh. Ia harus diazankan pada separuh malam.

Sunat-sunat azan

Orang yang azan mukanya mengadap kiblab. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Makruh azan bagi orang yang berhadas. Orang berjunub lebih makruh melaungkan azan. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Aku tidak suka mengingati dan menyebut Allah Azzawajalla melainkan dalam keadaan suci”. (Abu Daud (17) dan lainnya).

Azan dalam keadaan berdiri. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Wahai Bilal, bangun dan serulah untuk solat”.

Memalingkan muka (bukan dada) ke kanan pada lafaz Hayya ‘alash shalah dan ke kiri pada lafaz Hayya ‘alal falah. Al-Bukhari (608) meriwayatkan bahawa Abu-Juhaifah r.a
berkata :

“Aku telah melihat Bilal melaungkan azan, lalu aku perhatikan mulutnya ke sini dan ke sini disebabkan azan iaitu memalingkan mukanya ke kiri dan ke kanan ketika menyebut Hayya ‘alash shalah dan Hayya ‘alal falah”.

Menyebut kalimah-kalimah azan dengan tartil yakni tenang, jelas dan betul. At-Tathwib ketika azan Subuh iaitu menyebut “AsShalatu khairu minan naum” Sebanyak dua kali selepas “Hayya ‘alal falah”. Bilal mempunyai suara yang elok dan merdu supaya hati pendengar menjadi lembut dan cenderung untuk menyahut seruan azan.
Pendengar azan disunatkan diam dan menelitinya serta mengucapkan apa yang dilafazkan oleh bilal. Dalilnya ialah Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila kamu mendengar (seruan) azan, maka ucapkanlah seperti apa yang dilafazkan oleh orang yang azan (bilal)”. (Al-Bukhari (586) dan Muslim (383).

Tujuan lain azan dan iqamat.

Mengazankan bayi yang baru lahir, maka disunatkan pula azan di sebelah telinganya yang kanan, dan diiqamatkan di sebelahnya yang kiri. Dari Abu Rafi’ r.a ia berkata :

“Pernah aku melihat Nabi s.a.w azan (sebagai) azan solat di telinga Hasan bin Ali ketika ia dilahirkan oleh Fatimah r.a”. (Abu Daud dan Tarmizi).

Dari Hasan bin Ali r.a ia berkata, bersabda Rasulullah s.aw :

“Sesiapa yang lahir baginya seorang anak lalu diazankan di telinganya yang
kanan dan dibacakan iqamat di telinganya yang kiri, maka tidaklah ia akan disakiti oleh Ummu Sibyan (jin)”. (Ibnu Suni).

Azan pada waktu perang, pada waktu kebakaran dan di belakang orang yang bermusafir.
Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan

Perbezaan azan dan iqamat.

 Lafaz azan diulang dua kali. Sedangkan iqamah hanyaa disebut sekali. Dalilnya ialah hadis Anas r.a disisi Al-Bukhari (580) dan Muslim (378) katanya :

“Bilal telah diperintahkan supaya menggenapkan azan (menyebut dua kali) dan mengganjilkan iqamah (menyebut sekali) kecuali pada lafaz “Qad qaamatish shala” (solat akan didirikan). Ia disebut dua kali”.

 Azan dilaungkan dengan perlahan-lahan, sementara iqamah disebut dengan cepat.
 Sesiapa yang meninggalkan solat dan ingin menqadakkannya, hanya perlu azan untuk solat pertama sahaja, manakala iqamah dilakukan setiap kali soalt fardu. Dalilnya :

“Nabi s.a.w telah menghimpunkan antara Maghrib dan Isyak di Muzdalifah dengan satu azan dan dua kali iqamah”. (Muslim (1218).

6 comments: